Saturday, March 8, 2014

♥KELEBIHAN DHUHA♥

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kpda sekalian pmbca. Baiklah, entry kali ini In syaa Allah saya akan kongsikan tentang kelebihan solat sunat dhuha.


1.Dimurahkan rezeki
   ♥kisah benar♥
    Saya ada mengenali seorang muslimah yang sangat rajin melakukan solat sunat dhuha. Ceritanya bermula ketika dia hendak turun dari sebuah bas, dompetnya tertinggal tanpa dia sedari. Yang peliknya, dompet itu beralih dari tangan ke tangantetapi tidak ada seorang pun yang membuka atau mengambil walau satu sen pun duit di dalam dompetnya itu. Akhir sekali, dompet tersebut kembali kepada muslimah itu. Untuk pengetahuan anda, muslimah tersebut baru sahaja mengambil duitnya dari bank! Nilainya juga melebihi rm1oo!

2.Diampunkan dosa
   ♥Hadis riwayat at Tarmizi dan ibnu Majah♥
   Sesiapa yang berkekalan mengerjakannya 2 rakaat solat Dhuha, nescaya diampunkan segala dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

3.Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
   ♥Hadis riwayat al Tarmizi♥
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.

4.Solat orang-orang yang bertaubat
  ♥Hadis riwayat Muslim♥
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.

5. Solat dhuha seperti bersedekah
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. 

Awesome kan?! Ha, apa lagi, pegi la buat cepat. Semoga Allah menerima semua amal ibadat kita! Amiin ya rabb.

No comments:

Post a Comment