Tuesday, March 18, 2014

♥AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN WANITA HAID♥

1. Berzikir dan membaca Al-quran
    Nabi S.A.W pernah berkata kepada Aisyah yang sedang haud: "Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf di baitullah hingga engkau suci". (Riwayat Bukhari)
* Orang yang mengerjakan haji itu berzikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Hal ini juga dilakukan okeh wanita haid yang sedang mengerjakan haji.

2. Sujud tilawah
    Dalam sebuah hadis sahih disebutkan bahawa Rasulullah S.A.W membaca surah An-Najm. Baginda kemudian melakukan sujud tilawah yang juga diikuti oleh orang-orang muslim, orang-orang musyrik, jin dan manusia.

3. Membaca Al-quran di pangkuan isteri yang sedang haid.
    Hadis Aisyah r.a: "Rasulullah membaca al-Quran sedang kepala baginda berada di pangkuanku, padahal aku sedang haid". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Merayakan hari raya
    Rasulullah S.A.W bersabda: "Gadis-gadis muda dan wanita-wanita yang haid keluar rumah untuk merayakan kebaikan (hari raya) dan menyambut panggilan kaum mukmin. Bagaimanapun, wanita-wanita haid tidak boleh ikut mengerjakan sembahyang." (Riwayat Bukhari)

5. Makan dan minum bersama suami

6.Melayan suami

7. Tidur bersama suami dengan satu selimut

Saturday, March 8, 2014

♥KELEBIHAN DHUHA♥

 بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kpda sekalian pmbca. Baiklah, entry kali ini In syaa Allah saya akan kongsikan tentang kelebihan solat sunat dhuha.


1.Dimurahkan rezeki
   ♥kisah benar♥
    Saya ada mengenali seorang muslimah yang sangat rajin melakukan solat sunat dhuha. Ceritanya bermula ketika dia hendak turun dari sebuah bas, dompetnya tertinggal tanpa dia sedari. Yang peliknya, dompet itu beralih dari tangan ke tangantetapi tidak ada seorang pun yang membuka atau mengambil walau satu sen pun duit di dalam dompetnya itu. Akhir sekali, dompet tersebut kembali kepada muslimah itu. Untuk pengetahuan anda, muslimah tersebut baru sahaja mengambil duitnya dari bank! Nilainya juga melebihi rm1oo!

2.Diampunkan dosa
   ♥Hadis riwayat at Tarmizi dan ibnu Majah♥
   Sesiapa yang berkekalan mengerjakannya 2 rakaat solat Dhuha, nescaya diampunkan segala dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

3.Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
   ♥Hadis riwayat al Tarmizi♥
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.

4.Solat orang-orang yang bertaubat
  ♥Hadis riwayat Muslim♥
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.

5. Solat dhuha seperti bersedekah
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. 

Awesome kan?! Ha, apa lagi, pegi la buat cepat. Semoga Allah menerima semua amal ibadat kita! Amiin ya rabb.

Friday, March 7, 2014

♥MAKANAN SUNNAH♥

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah. Untuk entry yang first ni, saya nak b'kongsi makanan sunnah kpd semua pengunjung blog saya ni.

1.BARLI
2.KURMA
3.DELIMA
4.ANGGUR
5.MADU
6.CUKA EPAL
7.SUSU
8.CENDAWAN
9.AIR MANIS SEJUK( MADU)
10.LABU
11.AIR ZAMZAM
12.BUAH TIN
13.ZAITUN
14.HABATUSSAUDA(JINTAN HITAM)
15.ZA'FARON
16.ROTI
17.HALIA
18.HALBA
19.TIMUN(BERSAMA KURMA)
20.DAGING KAMBING
21.TEMBIKAI
22.GARAM

Baiklah. Sampai sini sahaja entry saya kali ini. Entry saya memang sengaja saya mudahkan untuk memudahkan ramai pihak.Untuk mengetahui yang lebih lanjut, silalah ke laman ini, http://ibuamiruluwais.blogspot.com/2013/05/21-jenis-makanan-sunnah.html

Syukran jazilan ya sodiqati♥